Tuesday 13 May 2014

PeRsEDiAaN Di BuLaN RaMaDhAn YaNg MeNjeLaNg......

Bismilahirrahmanirrahim......


Assalamualaikum......

Holla buddyz.... kenapa ek tetiba jer aku usulkan pasal benda ni ek? hurm... hurm...hurm.... okeh biar aku terus terang je kay? sebenarnya aku teringat pesan Ustazah aku, kita sebenarnya digalakkan untuk berpuasa sepanjang bulan Rejab dan Shaaban sebagai persediaan menjelang Ramadhan kelak..lagi pon banyak taw fadhilat berpuasa di bulan Rejab & Syaaban ni taw, so aku berasa amat rugi jika dilepaskan peluang ni macam tu jer...hurm...okeh hari ini 13 Mei 2014 bersamaan 13 Rejab 1435, aku baru berkesempatan untuk berpuasa di bulan Rejab ini...sebelum2 ni ada banyak sangat masalah yg tak dapat dielakkan untuk aku berpuasa, so sekarang la baru tiba masanya....huhu...hurm...da 12 hari da missed...huhu...ruginya.... Astaghfirullah al-azim....(its ok killa, pasti ader hikmah)....

Orait! Firstly aku nak share TIPS macam mana cara untuk badan kita masih menerima jumlah air yang cukup walaupun kita sedang berpuasa.... tips yang aku share ni waktu-waktu yang perlu disiplinkan diri kita untuk minum air supaya badan kita menerima air yang cukup sepanjang bulan puasa..InsyaAllah...
  • Semasa Berbuka
    Minum air putih sebanyak 2 gelas sebelum makan,
    (kenapa sebelom makan??) sebab, kalau minum banyak air selepas makan boleh buat perut boncit, tahu??? lau xcaya, cuba lah..hehe...pastu lau nak jaga perot....Kalau nak ikut cara aku, minum 1 gelas air putih, kemudian pergi mandi, then selepas mandi minum lagi segelas air putih then baru makan....(kenapa???) Pertama, minum air 15minit sebelom makan boleh membantu penghadaman. Kedua, mandi selepas makan boleh buat perot awak tembam setembam-tembamnya...so my tips minum-mandi-minum-makan....
  • 1 jam Selepas Siap Berbuka
    Minum air putih sebanyak 2 gelas. Biasanya sejam selepas berbuka means sebelom Isyak atau sebelom Terawikh...lagi bagus kalau bawak bekal air masak ke masjid...ader gap solat, boleh minum seteguk dua kan? ~ huhu..
  • Sebelum Tidur
    Minum air putih sebanyak 2 gelas atau sebotol kecil air mineral yang 500ml.
  • Pukul 4 pagi
    Minum air putih sebanyak 2 gelas. Biasanya waktu ini adalah masa nak masak atau panaskan lauk untuk bersahur.
  • Pukul 5 pagi
    Minum air putih sebanyak 2 gelas sebelum makan untuk bersahur.
  • Sebelum masuk waktu Imsak
    Minum air putih sebanyak segelas.



So total kita minum air putih sehari di bulan puasa menjadi 11 gelas sehari....(Ish!! tak gemuk air ke nanti minum air masak jer??) Untuk pengetahuan korang, gemuk air ni disebabkan kurangnya minum air putih, so makanan susah nak hadam, bila da susah nak hadam, means makanan tadi da convert jadi lemak tepu...bila da jadi lemak tepu tu faham-faham sendiri la level kesenangan nak singkir balik lemak-lemak tadi.. ~haha... so korang jangan risau kay? xde bahayanya setakat minum 11 gelas air sehari..janji korang minum air putih la yer?? jangan la ganti air putih td jadi air manis...yg tu memang  nahasnya sendiri mau ingat la kan?? ~ hohoho...

Selain daripada tips tersebut, aku ade nak share tips senaman ringkas pulak yg kita boleh lakukan sepanjang berpuasa..Yela, tak nak la nanti baju raya yang dibeli sebelom puasa tu da xboleh dipakai pada hari raya, kan? Sebab badan da naik pap pap pap kerana tak kawal pemakanan di bulan puasa, so kita buat la exercise sikit untuk maintain badan cun melecun tip top gitu.... Secara sedar tak sedar, sebenarnya berpuasa boleh membantu program diet kita untuk singkirkan lemak...Kalau kena ngan caranya, lemak tersebut boleh disingkirkan SELAMA-LAMANYA.....huhu...

Untuk workout plan ni, kita akan lakukan 3 kali je seminggu supaya keadaan otot tidak penat dan menyusut dengan ketara. Lakukan "workout" ini pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

  • CHEST - Flat Dumbell Press (4 set x 12 reps) 
  • WAIST - Forearm Side Plank (4set x 12 reps)


  • STOMACH - Sit Up (4sets x 12 reps)

  • BUTT - Squat (4sets x 12reps ) 


  • LEGS - Lunge Walks (4 sets x 12 reps)


Okeh itu jer...simple kan??? kepada yang tiada dumbell, korang boleh guna botol air meneral yang di isi air atau pasir...tapi korang kena pastikan pada bahagian tudung tersebut ditutup kemas kemudian tampal tape ke apa ke supaya tidak berlaku kebocoran dan sebagainya..huhuhu...

Aku syorkan korang buat workout ini pada sebelah malam selepas balik daripada solat Terawikh..huhuhu

okeh itu sahaja perkongsian aku untuk hari ini....nanti kalau ade apa2 yang menarik aku akan kongsikan lagi yer?? hoho... 

X.O.X.O...

Wassalam....


No comments:

Post a Comment