Tuesday, 13 May 2014

PeRsEDiAaN Di BuLaN RaMaDhAn YaNg MeNjeLaNg......

Bismilahirrahmanirrahim......


Assalamualaikum......

Holla buddyz.... kenapa ek tetiba jer aku usulkan pasal benda ni ek? hurm... hurm...hurm.... okeh biar aku terus terang je kay? sebenarnya aku teringat pesan Ustazah aku, kita sebenarnya digalakkan untuk berpuasa sepanjang bulan Rejab dan Shaaban sebagai persediaan menjelang Ramadhan kelak..lagi pon banyak taw fadhilat berpuasa di bulan Rejab & Syaaban ni taw, so aku berasa amat rugi jika dilepaskan peluang ni macam tu jer...hurm...okeh hari ini 13 Mei 2014 bersamaan 13 Rejab 1435, aku baru berkesempatan untuk berpuasa di bulan Rejab ini...sebelum2 ni ada banyak sangat masalah yg tak dapat dielakkan untuk aku berpuasa, so sekarang la baru tiba masanya....huhu...hurm...da 12 hari da missed...huhu...ruginya.... Astaghfirullah al-azim....(its ok killa, pasti ader hikmah)....

Orait! Firstly aku nak share TIPS macam mana cara untuk badan kita masih menerima jumlah air yang cukup walaupun kita sedang berpuasa.... tips yang aku share ni waktu-waktu yang perlu disiplinkan diri kita untuk minum air supaya badan kita menerima air yang cukup sepanjang bulan puasa..InsyaAllah...
  • Semasa Berbuka
    Minum air putih sebanyak 2 gelas sebelum makan,
    (kenapa sebelom makan??) sebab, kalau minum banyak air selepas makan boleh buat perut boncit, tahu??? lau xcaya, cuba lah..hehe...pastu lau nak jaga perot....Kalau nak ikut cara aku, minum 1 gelas air putih, kemudian pergi mandi, then selepas mandi minum lagi segelas air putih then baru makan....(kenapa???) Pertama, minum air 15minit sebelom makan boleh membantu penghadaman. Kedua, mandi selepas makan boleh buat perot awak tembam setembam-tembamnya...so my tips minum-mandi-minum-makan....
  • 1 jam Selepas Siap Berbuka
    Minum air putih sebanyak 2 gelas. Biasanya sejam selepas berbuka means sebelom Isyak atau sebelom Terawikh...lagi bagus kalau bawak bekal air masak ke masjid...ader gap solat, boleh minum seteguk dua kan? ~ huhu..
  • Sebelum Tidur
    Minum air putih sebanyak 2 gelas atau sebotol kecil air mineral yang 500ml.
  • Pukul 4 pagi
    Minum air putih sebanyak 2 gelas. Biasanya waktu ini adalah masa nak masak atau panaskan lauk untuk bersahur.
  • Pukul 5 pagi
    Minum air putih sebanyak 2 gelas sebelum makan untuk bersahur.
  • Sebelum masuk waktu Imsak
    Minum air putih sebanyak segelas.



So total kita minum air putih sehari di bulan puasa menjadi 11 gelas sehari....(Ish!! tak gemuk air ke nanti minum air masak jer??) Untuk pengetahuan korang, gemuk air ni disebabkan kurangnya minum air putih, so makanan susah nak hadam, bila da susah nak hadam, means makanan tadi da convert jadi lemak tepu...bila da jadi lemak tepu tu faham-faham sendiri la level kesenangan nak singkir balik lemak-lemak tadi.. ~haha... so korang jangan risau kay? xde bahayanya setakat minum 11 gelas air sehari..janji korang minum air putih la yer?? jangan la ganti air putih td jadi air manis...yg tu memang  nahasnya sendiri mau ingat la kan?? ~ hohoho...

Selain daripada tips tersebut, aku ade nak share tips senaman ringkas pulak yg kita boleh lakukan sepanjang berpuasa..Yela, tak nak la nanti baju raya yang dibeli sebelom puasa tu da xboleh dipakai pada hari raya, kan? Sebab badan da naik pap pap pap kerana tak kawal pemakanan di bulan puasa, so kita buat la exercise sikit untuk maintain badan cun melecun tip top gitu.... Secara sedar tak sedar, sebenarnya berpuasa boleh membantu program diet kita untuk singkirkan lemak...Kalau kena ngan caranya, lemak tersebut boleh disingkirkan SELAMA-LAMANYA.....huhu...

Untuk workout plan ni, kita akan lakukan 3 kali je seminggu supaya keadaan otot tidak penat dan menyusut dengan ketara. Lakukan "workout" ini pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

  • CHEST - Flat Dumbell Press (4 set x 12 reps) 
  • WAIST - Forearm Side Plank (4set x 12 reps)


  • STOMACH - Sit Up (4sets x 12 reps)

  • BUTT - Squat (4sets x 12reps ) 


  • LEGS - Lunge Walks (4 sets x 12 reps)


Okeh itu jer...simple kan??? kepada yang tiada dumbell, korang boleh guna botol air meneral yang di isi air atau pasir...tapi korang kena pastikan pada bahagian tudung tersebut ditutup kemas kemudian tampal tape ke apa ke supaya tidak berlaku kebocoran dan sebagainya..huhuhu...

Aku syorkan korang buat workout ini pada sebelah malam selepas balik daripada solat Terawikh..huhuhu

okeh itu sahaja perkongsian aku untuk hari ini....nanti kalau ade apa2 yang menarik aku akan kongsikan lagi yer?? hoho... 

X.O.X.O...

Wassalam....


Saturday, 10 May 2014

My WiSh To My BeLoVeD MoM AnD YoUnGeR SiStEr....

Bismillahirahmanirrahim......


Assalamualaikum......

Fuh...Fuh...Fuh.....(tiup blog yg berhabuk).... hehehe....

Today!!! i have 2 wishes to my beloved mum and annoying sister ever!! hiks!!

First to my mum, SITI ZABIDAH,.. HAPPY MOTHER'S DAY MAK!!! 
Mak..... Terima kasih sangat sangat sebab jadi ibu yang teramat baik untuk killa ngan adik-adik.... Killa tahu, adakala killa ni selalu susahkan mak, sakitkan hati mak, tp mak tak pernah sekali pon mengeluh ada anak-anak yang sangat "annoying" macam killa ngan adik-adik....Killa mintak maaf sangat-sangat jika killa ader buat mak kecik hati....killa ingat pesan mak....mintak maaf bukan pada hari raya je kan?? hehe... dan bagi killa, setiap hari adalah hari ibu, sbb bukan hari ibu je baru kita nak ingat kat mak kita,....kan mak? hehehe...cuma hari ni, mungkin adalah hari special untuk ibu2, so killa wish sebab tak nak la mak fikir anak2 mak tak ingat kan mak pada hari ibu ni...kami sentiasa ingat kat mak...sentiasaaaa....bukan hari ibu je baru nak ingat.... hehe.... Killa sayang mak sangat sangat....killa janji ngan mak untuk jadi anak yg membanggakan mak ngan abah sekarang dan nanti...InsyaAllah... =)

Second to my sister, NUR SHAZREEN FAEZAH,... CONGRATES SIS!!!
Perghh!! seriusly tahniah wooii..... Ko tak dapat matrik, tapi ko dapat diploma kos yang ko damba-damba kan...TERBAIK!!! Diploma Ukur Bahan, UiTM Sri Iskandar......ganti killa eh?? hehe... killa pernah dapat kat situ gak dulu, kos yang sama...tp sbb terlalu sayangkan Civil Engineering, Killa gi KMTK... btw, congrates again.....jangan sia-siakan peluang yang ader kay??? gunakan peluang ni sebaik-baik mungkin hokay?? huhuhu.....buktikan kat semua orang, yang ko boleh buat yang jauh lebih baik daripada jangkaan.... please dear, prove it!! InsyaAllah, pasti ader jalan...yang penting sekali, nanti duduk kat tempat orang, kena jaga diri,pandai-pandai bawak diri...pilih kawan yang baik-baik....Ingat Allah, Mak, Abah, dan semua yang pernah support ko, dan kami takkan pernah berhenti untuk support ko...NEVER GIVE UP, arasso?? =)


Belanja gambar mak ngan adik sikit..... hehe....

okeh, GOOD NIGHT...

~X.O.X.O~

Wassalam.....



Friday, 6 December 2013

Rahsia Dan Hikmah 5 Jari.....

Bismillahirahmanirrahim.....


Assalamualaikum......

Holla buddyz...Salam Jumaat kalian walhal hari jumaat dah nak tiba dipenghujungnya kan, tp aku tetap nak ucapkan salam jumaat jugak..arghh! tak kira..haha..

Korang buat aper jer hari ni?? Kalau aku macam biasa la, kat Terengganu kan hari Jumaat ni da hujung minggu..hehe...so bangun tidur pon lambat sikit la..kekeke...al-maklum la xde kelas la kater kan..so pas Subuh jer...online jap, then gedebush atas katil sambung tidow walaupon untuk setengah jam je....(ye ye ja aku setengah jam)... hahaha..

Aku ni pelik sikit, kalau tidur lepas Subuh ker tidow pas Asar je nnti ada la mimpi bukan-bukan...xpun dapat mimpi buruk...PADAN MUKA! Macam pagi td aku terjaga dari tidur pun sebab aku mimpi rumah sewa aku ni masuk air banjir....aku mimpi aku bangun dari tidur jer tengok-tengok air da naik sampai separuh katil aku ni tenggelam...katil aku ni double decker taw? aku duk kat bahagian atas taw...pastu dari katil aku tu, aku celup-celupkan tangan aku kat dalam air tu...tub-tub ader benda sambar jari aku sampai putus...fuh!! boleh bayang tak ngerinya mimpi aku??? 

Pastu aku jaga-jaga jer terus tengok jari-jari aku....aku bilang-bilang jari aku...*banyak kali taw aku bilang*.. fuhh...nasib baik masih cukup sepuluh batang....*lega*...then aku tilik-tilik kat jari aku, rasa macam ader benda xkena jer....aku tenung lagi.....owh.....kuku panjang rupanya....teringat pulak hari ni hari jumaat, aku pon bangun potong kuku sebelom aku pergi mandi.....

So, tengah-tengah aku syok duk potong-potong kuku tu...tetiber aku terfikir....kenapa jari kita ader 5?? kenapa jari kita tak sama panjang eh?? pastu macam-macam andaian berlegar-legar dalam kapala otak aku ni...tapi, HARAM...satu pon tak leh pakai...well...you know me...kalau buat andaian semua xlogik..haha..tapi aku tetap nak tahu..aku pasti.....mesti ader hikmah di sebalik kejadian ini...wah....ter'sastera' kejap..hiks!~

Aku masih xpuas hati taw selagi aku tak taw kenapa....then aku google la....aku type " WHY DO WE HAVE 5 FINGERS???" ....then aku baca-baca-baca, banyak jugak artikel yang aku baca....lambat jugak nak hadam sebenarnye....yela, aku macam tengah mamai lagi....tambahan pulak artikel tu dalam bahasa Inggeris...then ader satu artikel ni aku tertarik sangat...so..OK! meh aku jelaskan kat korang dalam versi ELSKA....kekeke..

*Ia tak lebih dari satu perkongsian ye anak-anak* hikhok!~

Sebenarnya pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari kita yang ada lima batang ni...Cuba korang perhatikan perlahan-lahan jari korang..Korang luruskan ke hadapan dalam keadaan terbuka..Renung dalam-dalam..Kewajipan solat lima waktu, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak jangan la sesekali kita abaikan..nanti hidup dalam keluh kesah taw...ala bukan lama pon solat, tak sampai 10 minit tak...kan?? huhu..


Then cuba korang lekapkan jari tu di atas meja, perhatikan. bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar..so, itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.. Apa sahaja yang dilakukan akan bermula daripada kecil. Bak kata pepetah, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya"...maksudnya lebih kurang kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar di masa hadapan....




Naikkan pula jari korang yang kedua, jari manis namanya... Begitu juga dengan usia remaja...Manisnya macam jari ni jugak kan?? Inikan pulak jika disarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian, perghh! bangga bukan kepalang dah...pada ketika ini, alam remaja menjengah diri...tapi AWAS!! di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.,..Hanya iman dan taqwa sahaja yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran..Pada usia ini kita sudah baligh dan mukalaf..Pastinya kita sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil...Adakah kita sudah bersedia pada waktu itu jika Izrail datang menjemput????

Nah..sekarang korang naikkan pula jari ketiga...jangan naik tinggi sangat eh..haha...ok, jari yang paling tinggi ni jari hantu namanya...Zaman remaja telah pun meninggalakan kita tanpa kita minta...Namun begitu, alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita...Pada peringkat umur 30-an ini, seseorang itu telah pun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang boleh dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh..InsyaAllah...Namun, *ni yang tak best ni* kita mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda...Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri kita jika kita gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas kita terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu, amal ibadat haruslah dilipatgandakan.....




Kita beralih pula pada jari telunjuk...Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat....*bukan Satu Malaysia okay*....Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini...Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan...Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat!! huhuhu....

Akhir sekali, renung ibu jari korang...Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan...kenapa aku cakap macam tu?? sebab tugasnya adalah membenar sesuatu mentafsir pelbagai perkara...Bak kata orang Jawa "cap Jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan dengan lancar..Buat generasi muda macam kita ni, rujuk dahulu kepada orang tua atau orang yang lebih berpengalaman...Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi, pasti mereka akan berkata "GOOD" atau "YES" sambil menggenggam semua jari dan mengangkat ibu jari keatas, itu lah rahsia kejayaan mereka...huhu

So akhir kalam dari aku untuk korang, cubalah korang perhatikan kembali kat lima-lima jari jemari korang tu....Renung dan fikirkanlah dalam-dalam....dimana kita sekarang ni yer???? hurm....Semoga kita menjadi orang yang berguna di dunia dan di akhirat..InsyaAllah....

hope so...hope so...

Wassalam....





Tuesday, 3 December 2013

AFtEr A LoNg TiMe....

Bismillahirrahmanirrahim.....
Assalamualaikum.....

Hurm hye buddyz....da lama sangat rasanya aku xupdate blog ni....kira2 tahun ni, baru sekali jer aku update blog..haha..tu pon sbb befday aku yg dulu....hehe

Sangat banyak benda yang aku nak kongsi pasal life aku, family, coursemate, housemate, and soulmate...eh??? hehe....

Banyak sangat dugaan hidup aku sepanjang 2013 ni...... yela first time duk umah sewa kan...baru nak belaja manage duit, masa, study & yg penting dr sini aku belaja apa tu erti KAWAN, SAHABAT & TEMAN....

Aku rasa xperlu kot aku nk cerita satu per satu masalah aku kan, yela...ader bagusnye aku je yg taw apa masalah aku tu cuma aku perlukan sokongan KALIAN.... =)

Btw, aku selalu je JALAN-JALAN kat blog2 followers aku & blog2 femes tu...ye r, kot2 ader ILMU yg aku boleh belajar ke, post yg boleh bagi aku SEMANGAT ker...kan? huhu...

Yela, walau ape pon jadi kat dalam hidup kita nie, kite kena hadapi ngan tenang...tol x? huhuhu... HADAPI tau?? bukan LARI drpd masalah tu.....kalau LARI, memang sampai sudah la masalah tu xkan settle kan???

Aku nak sangat buat blog aku ni mcm diari aku pd waktu itu, sbb aku SANGAT perlukan SUPPORT... tp aku sedar....Tak semua masalah kita boleh cerita kat satu dunia kan?? Lagi pon kita ader TUHAN...

Kawan aku time matrik pernah cakap...setiap ujian/dugaan hidup tu pasti ader hikmahnyer.... jika ALLAH memberi UJIAN kpd hambaNya, sesungguhnya Dia rindukan rintihan hambaNya untuk bersujud dan meminta petunjuk dari-Nya....dan ALLAH takkan memberi UJIAN diluar kemampuan hambaNya....

So dr situ la aku temui diri aku yg sebenar, dan dari situ juga aku jumpa kekuatan itu...Selain tu, aku xtempuhi benda ni sorang2 taw...pasti la ader Teman.... Teman jatuh bangun aku.....THANKS TO MR. IDZ, sbb sentiasa ada untuk bg semangat & sokongan disaat aku jatuh, dan sentiasa berusaha untuk mengukir senyuman walaupon aku xmampu untuk senyum pada waktu itu....aku sangat2 hargai pengorbanan ko MR. IDZ....

Tak pe la...benda da lepas....biasa la tu kan...hidup ni kan ibarat RODA, kejap kat ATAS, kejap kat BAWAH...Terima kasih yg tak terhingga juga diucapkan kpd KAWAN2 yg da buat hidup aku kacau bilau & SAHABAT2 yg sentiasa bantu aku untuk terus kuat & tabah.... aku xpernah lupa korang dalam doa aku, mungkin aku xmampu untuk balas balik apa yg korang da buat kat aku, cuma suatu saat nanti aku harap ALLAH yang akan balas SEMUA yg telah kalian lakukan tu kan, huhu... THANKS A LOT BABE....

Alamak! apehal la pepagi agi aku da nak touching2 bagai ni...relax la... hehe....okeh, sebenarnya aku nak hilangkan ngantuk aku je ni...hehe...yela, lately aku tidow awal taw, lam kul 9.30 malam aku da dibuai mimpi...then aku bangun kul 3.....buat pape yg patot, then aku study la...cover balik yg tidow awal2 tu.,..hikhok!

Ye r...kalau aku xtidow awal, aku online je keje sampai kul 3 pagi, then i got nothing! So, baik aku tidow...at least aku leh bangun awal untuk study....sekarang body clock aku da balik asal cm zaman matrik dah, tidow kul 9 malam then bangun kul 3 pagi.... huhuu...

Eh korang taw tak lecturer aku ader share something, and aku aser ader bagusnye korang pon amalkan la aper yg aku nak share ni....cuba la kay??? tak rugi pape pon.....



okeh, aku rasa sampai sini je dulu post aku kali ni kay?? nnti ader masa aku update lg & share lg pape yg boleh di share la... haha...

hope so..hope so...

Wassalam.....



Thursday, 25 April 2013

HeLLo hELLo HeLLO BuDdYz I'M BaCk!!!

Bismillahirramanirrahim........


Assalamualaikum.....
Holla buddyz!! i'm back!! fuh...ak xtaw la angin aper yang sampuk ak mlm ni sampai aku terdetik nk update blog ni.... da lebih 5 bulan ak jugak ak menyepi dari arena penulisan ni....(cet! ayat pon tunggang langgang da,....arghh! lantak la...asal jadi suda...ke guaner??) ngee..so korang semua aper khabar yer?? hurm...hurm..hurm....da lamer sangat la yg amat menyepi ni kan smapi xtaw nk start story morry dr aner.....hahhaha...okeh...meh ak start....

KeNaPa AkU Da LaMa SaNgAt MeNyEpI?

okeh....5 bulan yg lepas, aku sem 3....then sem 3 adalah sem pertama ak tinggal kat rumah sewa....al-maklumla, first time duk umah sewa ni macam2 la dugaan, nak biasakan diri la katerkan...nak kater xngam ngan dax umah tu takder la sebab housemate ak semua coursemate ak...so kitaowg da mcm serasi la, yg peliknyer masalah lain pulak yg timbul....korang nak taw x, lam sem3 sahaja kitaowang berpindah 2 kali taw....fuh!! al-kisahnyer bermula mcm ni......pertama kali kitaowang pindah sebab bimbang n aser xselamat....rumah tu rumah taman taw, kawasan perumahan baru la jugak....then blakang umah kitaowg tu ader kerja2 pembinaan cm umah kedai gitu la...biler da nmernyer pon kawasan pembinaan, of course la rmy mat2 indon ke melayu ke bangla ke yg wat kejer2 tu tinggal kat2 area tu..... nak dijadikan cerita, hampir tiap malam jugak la diaowng ni duk kacau rumah anak dara kat kawasan taman tu, diaowg suker ketuk tingkap bilik belakang pas kul 2-3 pagi....kebetulan pulak, aku yg duk bilik belakang time tu...adoyai....seriyau tol.....kalau lampu bilik ak ni nyala haa...dye datang la mengacau....kadang2 lau ak bengang sangat ak ketuk jer grill tingkap tu ngan kayu hoki ak...lingtang pukang gakj r mamat2 senget tu...adoyai.....dye nak aper seyh....ak pon xfaham,....bukan tu jer, barang2 yg tertinggal kat luar rumah pon boleh hilang jugak....da mcm2 benda da yg hilang sampai satu tahap tu ak ngan housemate ak decide nk pindah...aner tahan seyh lau da main kacau2 ngan hilang barang segala cmtu....so, kitaowg pon pindah la..2bulan jer kitaowng tinggal kat umh sewa makcik psyco tu, sorry yer, ak pnggil makcik tu psyco sbb dyer penyewa yg agak tidak bertauliah la senang citer, dyer tu cikgu sekola menengah, muda lg..tp ak tetap nk pnggil makcik walaupon dyer desak kitaowg pnggil dye puan..hahax.. bnda kcik pon xleh nk handle, yg xleh blah guna wet deposit kitaowg untuk keperluan peribadi....biler nk mintak balik, mcm2 alasan pulak dyer kasik,,perghhh! naseb baik la xduk lame kat umah dyer tu...nanti ak pon psyco mcm dye tu....tettt! cukup cter sal makcik tu....haa...kat umah sewa yg second ni, cam secure jugak la.....sangat secure sbb dekat ngan umah boboiboy aku....ingat lg x MR. IDZ tu...hehheeh....so kat umah sewa second ni,kitaowng duk setaman ngan coursemate laki kitaowg...so lau ader pape, dekat n senang sikit nk roger2...hehe...tp yg xbestnyer, umah tu susah sangat nk dpt line broadband....tu pon salah satu sbb ak susah nk update blog la....kekeke....alasan! tapi sebulan pastu, kitaowng didatangi oleh penyewa kitaowg, pakcik K tu cakap kitaowng kena berpindah lam masa yg terdekat sebab tuan punyer rumah yg kitaowg tinggal tu nk renovate n tinggal kat situ....tp atas budi bicara pakcik K, dyer da sediakan umah sewa yg lain untuk kitaowg, rumah yg third ni xjauh pon dr umah yg second tadi.... yg paling best....umah ni besar dan selesa teramat la sangat tp pakcik K just meletakkn bayaran sewa bulanan sama ngan rumah yg sebelom2 ni...alhamdulillah.....then smpay skrg kitaowng stay kat sini tanpa sebarang gangguan..... hepy3.....and sekarang umah sewa ak ni da ader wifi taw! makin seronok la ak nk online...kekeke...oh ya..... korang, ak da ader instagram ngan twitter taw....kalau sudi follow la aku yer...nnti ak follow korang balik...jgn risau....ak sangat suker update instag, twitter, fb ngan blog ni.....almost everyday, ak mesti update punyer....update tu maksud ak bacer blog yg aku follow ngan yg follow aku, like status member kat fb, retweet tweet member2, usha gambar2 yg cantek....tp nk tunggu ak post status,post tweet,ngarang blog ngan upload gambar tu,emang sangat xrajin la ye, harap maklum....hahaha.... ak suker bacer tp xgemar menulis sangat...kekeke...sekali skala tu okey la.....mcm last 2 days, ramai giler yg wish birthday ak..ak reply la diaowg yg da memenuhi wall ak tu.....terharu gila seyh.....hahaha....
HaPpY BiRtHdAy To Me??
Haaa.....sedar xsedar da 21 tahun ak celik kat bumi ni....sepatotnyer da boleh mengundi taw akan tetapi.....ak da xboleh join sbb xsempat nk gi mendaftar sebagai pengundi....tp, dont mind la....saper2 pon yg menang, jgn kiter berpecah belah suda la....tu je harapan aku.....okeh...stop pasal tu....okeh...sebot sal bday tadi....kawan2 ngan housemate ak da berpakat buat suprise kat aku...yg xleh blahnyer MR. IDZ pon bersekongkol ngan diaowg...hampeh tol....nasib baik kla ak xkena prank...lau x sajer jer naya kat ak...hahaha...thanks kawan2 sbb xprank ak....kekekeke


 


ni la kawan baik aku yg plan semua ni......huuhuhuhuhu...thanks korang....RUI, JIJA ngan MUNI


yang ni present dr MR IDZ..nampak simple tp bermakna...hahaha....TQ DEAR.....ily


see?? my cake... very nice!! siyezly ak suka giler....haha

ni housemate aku ngan kwn baik ak td...diaowg semua la dalang disebalik tabir ni...pandai ea korang...btw...thanks a lot! luvyu sis!
okeh la korang...smpy kat sini dulu la coretan ak untuk kali ni...nnti ak akan kembali aktif mengarang...thanks for reading...nitez guys....
Wassalam....

Monday, 15 October 2012

UnTuK KamOooO.....

Bismillahirrahmanirrahim.......


Assalamualaikum......

Hye babe, dude....mmpi ape ek ak update blog pg2 ni??? actually byk bnda sgt yg berlaku semalam lam diri ak....bkn diri ak jer, but the person around me la........ahaha...First Of All, heppy birthday kat adik aku Ewan yg ngah study kat Subang tu.....sweet 19 bro...blaja btol2 nnti ader rezeki lebih bawak la Mak, Abah, Killa,Yen ngan Ami gi jln2 naik flight..hukhuk....name ko slalu ader lam doa kitaowang...InsyaAllah......

ni la adik aku EWAN....
               
Nah! amek birthday kek ko tahun lepas xhabes2 lagi ni haa....


Eh korang2...taw x, hari ni ak ader class 2 jam jer, tp beriyer jer pky baju kurung...lau standardnyer ak nieh emg liat giler nk pky baju kurung do...siyezly emg liat...tp atas ajakan dan desakan housemate ak dax Silah, so ak follow jer...eh2...da siap2 ak pky baju kurung ni..ader pulak budak yg jeles n tiru ak pky baju kurung...hahax...yg xleh blah giler......di sebabkan kitaowg ni emg LIAT nk mampos pky baju kurung ni kan? kitaowg pon aper ag...amek gmbar la byk2...SENGAL KAN??? hahaha....pada hal bkn ap pon...pky baju kurung jer pon....tu pon nk heboh 1 dunia...xleh bla, xleh bla.......(eei! overnyer!!)






*eh jap2, point ak update blog n sbnarnyer ak nk share something taw....

sbnarnyer sal ade 'owg baru' yg dah berani curik hati ak.. (org baru ker?? da lame da knal dyer cumer baru nk expose rasa tu sbb b4 ni xde chance...) hahaha ..to those yg berani-beraninyer amek hati ak tu tlg la jgn bt ak giller ea.....pls3.......ak taw, ko pon taw....so tlg la jgn bt2 xtaw plak kay???

okeh...atas aper yg berlaku hari ni, ak ader something baik punyer untuk ko.....ko kna gak tgk...n ko kna taw wpon hakikatnyer ko da taw....haa... sory taw lau ko aser ak agax poyoz...kekeke......

to MR IDZ...eeerrrrrrrrr..ak segan sebenarnyer...tp xpe la..ko punyer pasal, ak da tendang si SEGAN tu jauh3...haa....ni tuk ko....tadaaa.....



  

....AKU SUKER KAMOooOOO......ak mintak maaf lau ak bkn cm gurl yg ko nak n idam2kan... .......tp ni adala aku.....

nite guys! 

Wassalam......

Wednesday, 3 October 2012

RahSiA QaiLuLaH....

Bismillahirrahmanirrahim.....


Assalamualaikum.......

What's up bro...sis.....okeh...entry ak kali ni simple je sbb ak nk share something ngan korang tentang tips2 nak rasa lebih segar, fokus n trus produktif.. ak rasa interesting sgt ngan tips ni coz ak tergolong drpd owg yg pyh nk titow.....hope korang sudi la bacer entri ni smpai hbis...manfaat bleh kat korg jugak taw.....ngee...=)

Macam beser...mesti ader yg xpernah dgr the word by my post title rite?? 

Meh nk gtaw.... Qailulah ni sebenarnye sebahagian drpd sunnah Nabi kiter S.A.W... sabda Rasullullah SAW " Lakukanlah qailulah, kerana syaitan itu tidak berani qailulah"

Dude, babe.... APA TU QAILULAH???
Qailulah tu maksudnyer tidur sebentar pada siang hari...... (sekejap jer taw.....bkn smpai 2-3 jam......) *_*

so, BILER PLAK WAKTU YG SESUAI UNTUK AMALKAN QAILULAH TU???
Orait, mengikut mereka yg slalu amalkan qailulah ni, waktu plg NGAM erm time 12 tgh hari smpai SEBELUM ZOHOR....tp bleh jer nk qailulah pas Zohor pon...make sure korg niat dulu la nk bgun kul bape n lame mane nk titow before qailulah tu....insyaalah korg akn terjaga mengikut timing yg korang niat td, TAPI lau korg titow balik pas terjaga tu emg korg akn trus terlajak la...n then titow korg tu bkn lg qailulah,....

then, APER YG ADVANCE NGAN QAILULAH NI???
Mengikut kajian, 1 minit qailulah, kualitinya bersamaan dengan 45 minit titow kiter pd waktu malam, SO, cukup sekadar dpt 15 minit qailulah, kiter da boleh stay up mlm2 tanpa rasa mengantuk.... xkesa la nk stay up untuk Qiamulail ke, mengaji ke, kalau student plak buat Lab report ke, assignment ke, menelaah pelajaran ke, lau cikgu atau lecturer pulak, nk marking paper students ke , n pape je la coz ak percaya ade sesetengah drpd kiter ni dpt byk ilham time kul 2-3 pagi.....

Selain tu qailulah ni jugak bkn segar pd waktu mlm jer, wktu petang pon samer...haa...of course la pas zohor n asar....mengikut experience ak la kn, lau ader klas pas Zohor, mesti kwn2 ak n termasuk ak rasa mengntuk giler...then slalu tgk jam kat tgn smbil berkata lam hati... ( ish! lambatnyer klas ni nk hbis...balik je klas ni nnti ak nk TITOW!!) haa...korg prnh x berada kat situasi ak ni??  tp kn korg sebenarnyer XELOK SGT3 titow ptg2 taw, especially pas ASAR....dulu2 time ak sekola kn, ustaz ak ader citer time dye belaja kat MESIR dulu time dye SEM 1, ader budak ni suker sgt tidow ptg pas balik kelas pas solat ASAR...n budak ni memang tidow TIAP2 PETANG....last2 kan korg taw x aper jd kat budak tu? dye lost smua yg dye study,.. dyer xingt lgsung ape yg dye penh study smpikan subjek yg dyer study pon dyer xingt....pastu dyer study giler2 time study week, tanyer owg tu, tanyer owg ni...copy note coursemate dyer..mintak tlg coursemate dyer ajar dyer.....tp still pyh nk lekat taw ap yg dyer study...3 hari before Final, dax tu stress n xleh control diri n last2 dyer jd kurang siuman...cakap sowang2,senyum sowang, tenung owg then tiber2 je dye gelak...smpykn kwn ustaz ak report kat felo n budax tu dpt record MENTAL DISSORDER.... so ingat taw korang,  PASNI JGN TIDOW PAS ASAR DA!!!! {bkn korg jer ak pon samer!  (-_-")}

OPPSSS!!!  STOP!!! STOP!!! STOPP!!!!

Okeyh guys, back to our topic.....korang taw x yg Mat Salleh panggil qailulah ni sbagai NAP. Kalau bg org putih ni, biasanya 'nap' dilakukan dr pukul 2-4 ptg. (means before Asar kan?) . Hasil kajian menunjukkan amalan 'nap' waktu tgh hari dapat mengelakkan penyakit jantung. 

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kiter org Islam akan  bgn seawal 5.30 pagi kan untuk persiapkan diri untuk solat Subuh..... Kalau dikira dari waktu Subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kiter berjaga..... Jadi, qailulah/ 'nap' ini adalah sgt2 rasioanal diamalkan pada waktu itu.....bg ak ia sgt3 sesuai dengan fitrah badan manusia.

 Menurut buku orang putih, ramai saintis bijak pandai dan orang-orang terknal Barat mengamalkan qailulah 'nap' ni... Napoleon pon mengamalkn benda ni taw.....'

Menurut mereka yg istiqamah mengamalkan qailulah ni, sebaik bangkit dr qailulah ni, kiter mgkin akan pening 5-10minit.... TAPI lepas tu kiter akan merasa perubahan yang mendadak dr segi emosi, kecerdasan, n fokus....

Cubalah amalkn sunnah ni...amalan ni bkan jer bagus untuk kecergasan, besides dapat pahala yg BESAR coz mngamalkan sunnah Rasullullah SAW.... Insyaallah ia BAIK untuk kita....

p/s....yg baik itu dr ALLAH.... yg kurang tu dr kelemahan diri ak sendiri....wallahu a'lam....

Wassalam....






Wednesday, 26 September 2012

My SwEeT SePtEmBeR........

Bismillahirramanirrahim.........


Assalamualaikum.......

Holla buddyz......da lamer sgt ak xupdate blog ak ni...ish3....da nk masuk akhir bulan September da pon, ak bru terhegeh2 nk update first entri untuk bulan ni....ap nak jadi la ngan ak ni....org ader blog, ak pon nk ader blog tp tu r...nk updatenyer sikit punyer LIAT..

actually ak ader byk bnda sgt nk share ngan korg...n da byk bnda sgt yg berlaku lam hidup ak selama ak xupdate blog ni....( cewahh! beriya ayt ko...xleh bla...) ngee....

Sebenarnyer kn korang, ak excited sgt2...sbb ak baru dpt BB, tu yg trus update blog tu...siyezly windu giller nk blogging tp ap kan daya, xd peluang dan ruang...wee... korg... BB tu mksudnyer BroadBand taw.....bkn BlackBerry taw...huhu...jgn slh phm dulu..ngee....so biler da dpt BB ni ap lg, ak nk curi la sikit masa study ak ni nk lepaskn windu ak kat DIARY TERHORMAT ak ni.....wee....syoknyer.....windu giler saat2 ni.... (pada hal esok ak ader kuiz Chemist...tp xpe la, jap jer ni....)

Oh ya korg....termasuk esok, 27 September 2012, maka genapla 3 minggu sesi kuliah ak berjalan...n dlm masa 3 minggu ni memang byk benda best berlaku taw.....(ader je yg xbest, tp ignore la yg xbest tu, bkn syok pon)..haha......bg ak, so far so good la ak punyer class Sem 3 ni....tp sem ni ak punyer credit hour lebih kepada Lab.....so jadual ak sgt pack la dgn Lab2 tu....OLEH HAL YG DEMIKIAN, ak kna la pndy2 bg masa untuk study, bt assignment, bt report n so on la....maybe la awal2 ni xde tugasan pape lg n ak pon xbz lg sebab Lab pon xstart lg...tp ak kna prepare gak la...in case lecturer bt POP QUIZ lm lecture, xke naye lau ak xprepare siap2??? so korang2 yg tgh study lg pon ak nk remind gak taw....jgn leka sgt...masa xtunggu kiter taw, kiter yg kne kejar masa...wee......panjang pulak ak berleter ea? al-maklumla...da lame xblogging...ni la masanyer nk luahkn segala-gala-gala-galanyer.....kuikuikui....jgn mara...

Oh ya korang, sem ni ak da xterikat ngan peraturan asrama lg...wee....FINALLY!!! heep heep hooreyyy!! (lorh? apehal yg hepy sgt pompuan ni?? tibe2 jee...)...... mestila heppy, sbb ak ni bkn nyer bdk baik sgt nk kna pky matrik card setiap masa nk kuar masuk hostel tu....lau xpky kunx kene saman plak ngan pak guard tu ha....keje diaowg cari mistake student pastu kuar surat saman...gggrrrr....ane than seyh....so ak nekad, sem ni ak kna tinggal kat umah sewa (lau ak apply hostel pon blom tentu dapat gak, so bek ak xyh apply...)...lagi pon, ak rasa masanyer da tiber untuk ak belaja berdikari......lau sblom ni terikat ngan peraturan, skrg ak kna pndai bawak diri la....mamam pon kna masak sndiri, sekali skala tu bleh la nk tapaww kan....yela...sampai biler seyh ak nk mamam nasi bungkus je kn?? Nnti2 da nikah cian plak kt hubby ak dpt ak ni yg reti mamam nasi bgkus jer..dapur xberasap ap citer...(hubby? calon pon xde, ade ht nk ber'hubby2', belaja smua benda dulu baru pk hubby)..so...slow2 ak kna la belaja masak ngan housemate ak yg comel2 ni...wee.....


Haa.....sebut sal housemate.....okeh...kat umah sewa ni ak duduk berlima taw, and for sure la semuanyer EnTech Buddyz...kitaowg bkn per, mls la nk amek owg luar, lau xngam kunx payah...panjang citer plak nnti,...agi pon biler da sama cost ni senang, pergi balik class sekali jer...hehehe....okeh..da2 melalut...jom ak knalkn housemate ak yg ak pk ader sesetengah dr korg da knal diaowg lau korg follow blog ak dr awal la...hehe...



sorry la gmbr blurr sbb guner kamera depan, nk guner kmera blakang kunx ader jer yg tercicir , xmasuk lam gambar...

okeh....ni time lam keter, kitaowg baru smpai kat kampus, disebabkn kitaowg dtg awl sikit, so sempat lg la kn nk snap gmbr....haha...ni la first gambar kami berlima pas declare housemate....declare??? cm peeliks jer ayt tu? ah lantak la.....huahaha...okeh, meh nk citer kt korng, driver utama kete yg kitaowng ngah naik tu nmernyer Asilah Najib ala yg tudung purple tu, yg kat tengah2 alam tu namernyer Lynn Ahmad, Lynn ni pon driver utama gak sebab dyer pon bwk keter, cumer kitaowg gerak sekali n guner 1 keter je pegi balik kelas, so gilir2 la gune keter C-lah ngan Lynn, then kat belakang ak tu namernyer Najibah Yahya, n ak ngan Jibah merangkap second driver kepada C-lah ngan Lynn sebab kitaowng ader lesen je tp xde keter...huahaha..n last sekali kat belakang C-lah tu namernyer Aqilah Nordin, merangkap VVIP, kitaowg selaku driver dyer...hahaha...Qilah bkn xleh drive cumer lesen dyer masih L, coming soon dyer akn jd 'drifter' Padang Nenas plak...hahaha......aner la taw kn.....

Korang taw x...baru seminggu ak tinggal kat umah sewa tu, ak da attend 3 open house dalam masa 2 hari....
First, hari Isnin, open house kat Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, (aik??? aper kener mengene ko ngan polis, killa???) yela...ni ak nk citer la ni....ak ader 3 owg BFF kt UMT  ni,namer diaowng...jeng3.... Azizah(Jijot), Murni (Muni), Ruhill (Rui),... kitaowng kenal dr minggu suai knal lg, so kitaowg ni kire cm belangkas la time sem 1 ngan sem 2 dulu ,duk hostel kn.... disebabkan sem3 ni diaowng smua dpt duk hostel so ak tinggal la kat umah sewa ngan C-lah and the gang, kwn ak 3owg ni pon EnTech Buddyz gak...tu yg kitaowg mcm belangkas...hehe...skrg xleh nk jd belangkas lg sbb TAM ade kat bengkel, agi pon assignment xstart lg, so study group kitaowng xstart lg la...ngee....then 3 owg kwn ak ni dpt duk hostel sbb diaowg aktif, Rui aktif ngan silat then Jijot ngan Muni plak aktif ngan SUKSIS....so, Jijot ngan Muni la yg invite ak ngan Rui join open house IPPKT tu...huahaha....untung ak dpat mamam free...ngee......
Second, hari Sabtu, dlm hari Sabtu ni, ak attend 2 lg open house.....pagi tu ak ngan EnTech Buddyz di jemput ke rumah C-lah kat Kerteh coz ade majlis kesyukuran sempena persaraan ayah C-lah...pas ciap2 mamam kat umah C-lah, kitaowg jalan2 kat Mesra Mall...then ptg tu time otw balik, baru kitaowg singgah  open house kat umah mak sedara ak kat Jambu Bongkok....aser cam nk pecah pewot kitaowg hr tu coz mamam byk sgt...tp syukur Alhamdulillah....rezeki.......huhuhu....okeh korang ak nk share sekeping dua gmbar yg ak snap sepnjng open house tu.....

tadaa......ni la suasana open house kat IPPKT...byk giler gerai n semua jenis makanan  ader, sbb gerai2 kat sane mewakili negeri-negeri dlm Malaysia, so semua jenis makanan Malaysia ader kt sane mengikut negeri masing2....BEST!!! 

ni la akak SUKSIS kiter....yg bju merah tu nmernyer Muni n yg baju htm tu Jijot....

Ni pulak ak ngan Rui....kitaowg kat gerai negeri Selangor......huhu

Ni kat umah sewa kitaowg, kitaowg ngah tunggu budak2 laki time ni before bertolak ke umah C-lah, so sementara tu ak ngan C-lah posing la dulu ngan  buah hati ak, si TAM.....

Ni Azie ngan Qilah, time ni kitaowg ngah jalan2 kat Mesra Mall....suka hati jiwa jer kitaowg snap picture lam kedai owg ni....

ak pon nak jugak.....da alang2 lam kedai ni xde tmpal notis xleh amek gmbr, ak pon ap lg,....menggunakn peluang yg ader la...
hah! korang tgk la...ni la keje kitaowg biler da masuk kedai owg...
ok la buddyz..ak rasa smpy sini jer entry ak kali ni....i really need to stop typing n get back to my comfy bed.....

thanks 4 reading this entry.....pls visit me again soon.....


nite.....


Wassalam... 









Tuesday, 28 August 2012

SeLaMaT HaRi RaYa n SeLaMaT MeNyAmBuT MeRdEkA yg ke-55

Bismillahirrahmanirrahim.......


Assalamualaikum........


Hai buddyz....rasanya belom terlambat lau ak nk ucap Selamat Hari Raya kt readers n buddyz yg chumil2 n baik2 ni....ngee....bg ak Syawal kali ni memberi energi baru,,,Menikmati detik kemenangan setelah sebulan berpuasa.....chop3..korang pon berhak menikmati perjuangan tersebut bkn? Atau tercicir di pertengahan? lau gurl tu faham2 la ea? ABC katernyer....( Allah Bagi Cuti)....dan kala berbicara tentang perjuangan ni, x lupa untuk kita menghayati makna kemerdekaan sebenar...al-maklumla, Syawal kali ni share 'bulan' ngan sambutan Merdeka kat negara kita ni.....

Sejak negara merdeka, belum pernah sekali pun hari raya di negara ini disambut dalam suasana 'xsyok' kn? korang perasan x? so, suasana mcm ni la yg perlu kiter pertahankn buddyz...Seperti tradisi jugak, pd setiap hari raya, umat Islam yg berhijrah pulang ke kampung menemui saudara mara. Tradisi kunjung-mengunjungi tanpa mengira bangsa menerusi konsep rumah terbuka, menjadi suatu acara wajib setiap tahun....lau korg nk taw, ni la menifestasi drpd kemakmuran hidup di negara kite, Malaysia... Alhamdulillah.....

Kat sini ak nk amek kesempatan mengungkap Maaf Zahir dan Batin bg memperakukan tekad setiap manusia perlu bebas dari dosa. Sedangkan Nabi ampunkan umat....siapalah kita manusia biasa dibandingkan Rasullullah. Ini seharusnya membuka seluas-luas pintu kesedaran untuk menerima da memaafkan sesiapa sahaja tanpa sekatan darjat, fahaman politik, dan status sosioekonomi...Bagi ak n of course bg korg yg sependapat ngan ak ni, Aidilfitri adalah detik terbaik untuk 'reflect ourselves' atau ngan erti kata lain muhasabah diri and melunturkan keegoan untuk memaafkan org lain...xkemana pon ego korg tu, siyez ak ckp...bg ak, persengketaan xyh la nk biar berpanjangan...meleret-leret...kn elok berdamai je...sebab perdamaian akn mengukuhkan lagi kesefahaman n perhubungan, ni kan pulak ketika umat Islam ngah diasak pelbagai ujian lately ni.....

hey guys...camner ngan rayer korang? mesti setiap rumah terhidang ketupat, rendang, serunding, sambal kacang, kuah lodeh n lontong kn? lau kuih-muih tu xyh cter la kn...mesti tersusun menarik di atas meja.... sama la ngan aku....paling meriah raya kali ni, kuih tunjuk means tempah jer ada kalanya sampai berlebih-lebihan....tp xde la sampai membazir...sebab raya lom abes lagi....n paling seronok ada kuih pelbagai corak dan warna tapi yg  rasa semua sama jer...haa..tu la kuih raya Malaysia...tp apa2 pon kiter harus bersyukur dengan setiap rezeki yg diberi, selain dapat menjamu selera dengan bergurau senda bersama sanak saudara n aman dan damai......

Ak yakin, sempena hari raya, sekalian manusia tanpa mengira status VIP ke, VVIP ke atau org bese2 je cam aku nieh, semuanye sibuk berbaju baru. Lau x baru sekali pon, pilihan baju ulang tayang yg dipilih harusla lebih cantik n special dr hari2 biasa kn? Ada jugak baju raya yg xsempat siap, melenting n menjerit dibuatnya...huh! hilang pahala puasa....Tukang jahit pon satu hal jugak, jgn la terlalu ghairah menerima tempahan lau taw tgn tu ade 2 jer...kn da xckup tgn tu! haa...marah2 jugak si tuan baju xsempat siap tu...tp sempena Syawal yg mulia  ni.....marila kiter bermaafan....baju raya yg xsempat siap tu, nnti biler da siap leh wat gi function ker, dinner ker, office ker....ni mesti baju yg hit2 kn smpy tkg jahit hilang idea nk jahitnyer tu,...ngee....xmo mara2 taw...nnti xcomel....senyum ckit....=P

Haa....camtu la....haa... suasana mcm ni la yg harus kita bersyukur dilahirkan sebagai anak merdeka.... Kemesraan, keakraban, dan semangt perkongsian ini dipaparkan tanpa prejudis atau kepura-puraan...Suasana sebegini meriah n harmonis, juga disebabkan perpaduan rakyat di negara ini....kebebasan dan keselamatan yg dinikmati turut mendorong kita lebih fokus membina kerjaya n kehidupan taw...ingt tu.....


ni hari raya pertama....just beraya kat sg tiang pendang....sedara yg mai dtg umah dulu....

ni da hari raya ke2, so turn kitaowg plak beraya umah sedara2...ngee...


last but not least Selamat Hari Raya n Selamat Menyambut Merdeka Ke-55...

wassalam.....