Friday 6 December 2013

Rahsia Dan Hikmah 5 Jari.....

Bismillahirahmanirrahim.....


Assalamualaikum......

Holla buddyz...Salam Jumaat kalian walhal hari jumaat dah nak tiba dipenghujungnya kan, tp aku tetap nak ucapkan salam jumaat jugak..arghh! tak kira..haha..

Korang buat aper jer hari ni?? Kalau aku macam biasa la, kat Terengganu kan hari Jumaat ni da hujung minggu..hehe...so bangun tidur pon lambat sikit la..kekeke...al-maklum la xde kelas la kater kan..so pas Subuh jer...online jap, then gedebush atas katil sambung tidow walaupon untuk setengah jam je....(ye ye ja aku setengah jam)... hahaha..

Aku ni pelik sikit, kalau tidur lepas Subuh ker tidow pas Asar je nnti ada la mimpi bukan-bukan...xpun dapat mimpi buruk...PADAN MUKA! Macam pagi td aku terjaga dari tidur pun sebab aku mimpi rumah sewa aku ni masuk air banjir....aku mimpi aku bangun dari tidur jer tengok-tengok air da naik sampai separuh katil aku ni tenggelam...katil aku ni double decker taw? aku duk kat bahagian atas taw...pastu dari katil aku tu, aku celup-celupkan tangan aku kat dalam air tu...tub-tub ader benda sambar jari aku sampai putus...fuh!! boleh bayang tak ngerinya mimpi aku??? 

Pastu aku jaga-jaga jer terus tengok jari-jari aku....aku bilang-bilang jari aku...*banyak kali taw aku bilang*.. fuhh...nasib baik masih cukup sepuluh batang....*lega*...then aku tilik-tilik kat jari aku, rasa macam ader benda xkena jer....aku tenung lagi.....owh.....kuku panjang rupanya....teringat pulak hari ni hari jumaat, aku pon bangun potong kuku sebelom aku pergi mandi.....

So, tengah-tengah aku syok duk potong-potong kuku tu...tetiber aku terfikir....kenapa jari kita ader 5?? kenapa jari kita tak sama panjang eh?? pastu macam-macam andaian berlegar-legar dalam kapala otak aku ni...tapi, HARAM...satu pon tak leh pakai...well...you know me...kalau buat andaian semua xlogik..haha..tapi aku tetap nak tahu..aku pasti.....mesti ader hikmah di sebalik kejadian ini...wah....ter'sastera' kejap..hiks!~

Aku masih xpuas hati taw selagi aku tak taw kenapa....then aku google la....aku type " WHY DO WE HAVE 5 FINGERS???" ....then aku baca-baca-baca, banyak jugak artikel yang aku baca....lambat jugak nak hadam sebenarnye....yela, aku macam tengah mamai lagi....tambahan pulak artikel tu dalam bahasa Inggeris...then ader satu artikel ni aku tertarik sangat...so..OK! meh aku jelaskan kat korang dalam versi ELSKA....kekeke..

*Ia tak lebih dari satu perkongsian ye anak-anak* hikhok!~

Sebenarnya pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari kita yang ada lima batang ni...Cuba korang perhatikan perlahan-lahan jari korang..Korang luruskan ke hadapan dalam keadaan terbuka..Renung dalam-dalam..Kewajipan solat lima waktu, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak jangan la sesekali kita abaikan..nanti hidup dalam keluh kesah taw...ala bukan lama pon solat, tak sampai 10 minit tak...kan?? huhu..


Then cuba korang lekapkan jari tu di atas meja, perhatikan. bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar..so, itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.. Apa sahaja yang dilakukan akan bermula daripada kecil. Bak kata pepetah, "melentur buluh biarlah daripada rebungnya"...maksudnya lebih kurang kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar di masa hadapan....




Naikkan pula jari korang yang kedua, jari manis namanya... Begitu juga dengan usia remaja...Manisnya macam jari ni jugak kan?? Inikan pulak jika disarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian, perghh! bangga bukan kepalang dah...pada ketika ini, alam remaja menjengah diri...tapi AWAS!! di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.,..Hanya iman dan taqwa sahaja yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran..Pada usia ini kita sudah baligh dan mukalaf..Pastinya kita sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil...Adakah kita sudah bersedia pada waktu itu jika Izrail datang menjemput????

Nah..sekarang korang naikkan pula jari ketiga...jangan naik tinggi sangat eh..haha...ok, jari yang paling tinggi ni jari hantu namanya...Zaman remaja telah pun meninggalakan kita tanpa kita minta...Namun begitu, alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita...Pada peringkat umur 30-an ini, seseorang itu telah pun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang boleh dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh..InsyaAllah...Namun, *ni yang tak best ni* kita mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda...Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri kita jika kita gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas kita terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu, amal ibadat haruslah dilipatgandakan.....




Kita beralih pula pada jari telunjuk...Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat....*bukan Satu Malaysia okay*....Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini...Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan...Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat!! huhuhu....

Akhir sekali, renung ibu jari korang...Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan...kenapa aku cakap macam tu?? sebab tugasnya adalah membenar sesuatu mentafsir pelbagai perkara...Bak kata orang Jawa "cap Jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan dengan lancar..Buat generasi muda macam kita ni, rujuk dahulu kepada orang tua atau orang yang lebih berpengalaman...Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi, pasti mereka akan berkata "GOOD" atau "YES" sambil menggenggam semua jari dan mengangkat ibu jari keatas, itu lah rahsia kejayaan mereka...huhu

So akhir kalam dari aku untuk korang, cubalah korang perhatikan kembali kat lima-lima jari jemari korang tu....Renung dan fikirkanlah dalam-dalam....dimana kita sekarang ni yer???? hurm....Semoga kita menjadi orang yang berguna di dunia dan di akhirat..InsyaAllah....

hope so...hope so...

Wassalam....





2 comments:

  1. macam tu ke kisahnye? tak penah tau plak..hehe. thx. menarik kisah jari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.... =)
      thanks jugak sudi datang jalan2 kat blog kiter... =)

      Delete